Ketika seorang wanita mengambil keputusan untuk berkahwin,pastinya impian utama yang di idamkan adalah kelahiran seorang cahaya mata iaitu sebagai buah kepada cinta si suami dan isteri.Tetapi..bagaimana pula jika setelah bertahun usia perkahwinan, namun belum ada buah cinta yang di idamkan..pastinya,kecewa.
Alangkah sedih,kecewa hati si isteri setiap kali lewat period dan UPT selalu menunjukkan 1garis sahaja.
Apatah lagi jika balik kampung…kata-kata mak cik bawang merah yang xpernah lekang”ehh..belum mengandung lagi??” Si isteri hanya mampu membalas dengan senyuman,namun hati menangis.
Dapatkah digambarkan perasaan sedih si isteri ketika mendapat tahu rakan sekerjanya yang baru berkahwin disahkan mengandung?dapatkah digambarkan perasaan sedih si isteri ketika mendapat tahu rakan sekerjanya yang baru lepas bersalin 4 bulan lepas mengandung lagi?Fahamkah anda apa perasaan si isteri ketika melihat baju2 baby di Mall?
Wanita yang tidak pernah merasa “berikhtiar” untuk mendapatkan cahaya mata pastinya tidak memahami kesedihan hati si isteri ini.Kepada wanita2 yang bertuah ini,Tahniah untuk anda,namun ingatlah dan jagalah perkataan anda terhadap kaum si isteri ini,kami sangat sensetif soal ini.
Ada masanya si Isteri tabah,ada masanya si isteri berputus asa.Hanya mampu berserah kepadaNya.
God is in Control,He is never early nor late,He is ON TIME.